fbpx

8 Disember 2021, 10:47 am

  TERKINI

Kesatuan pendakwah penting, pergiat dakwah menerusi media digital

ANTARA pendakwah yang hadir pada majlis Multaqa Da’i di ILIM, Bangi, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pendakwah di negara ini diseru bersama-sama kerajaan membina semula negara khususnya pembangunan insan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, pada masa sama golongan itu diharapkan mempergiatkan usaha dakwah di media digital untuk melebarkan kefahaman berkaitan Islam. 

“Ini adalah rentetan keadaan negara yang bergelut dengan pandemik Covid-19, masyarakat terjejas dengan pelbagai perkara.

“Kesatuan para pendakwah amat penting agar dapat memperkukuh semula institusi kekeluargaan dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 pendakwah yang sering muncul dalam program-program dakwah di televisyen dan media sosial bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Pertemuan dalam majlis Multaqa Da’i itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Antara pendakwah yang hadir ialah Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah, PU Amin, Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Nordin, Ustaz Roslan Mohamad, Ustaz Haslin Baharim, Shah Kirit Kalkulal Govindji  serta lain-lain nama besar dalam dunia dakwah.

POPULAR

KOSMO! TERKINI