Kes Covid-19 meningkat di KL, Putrajaya dan Selangor selepas rentas negeri - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 meningkat di KL, Putrajaya dan Selangor selepas rentas negeri

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hospital awam dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Zon Tengah iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas kerajaan menarik semula sekatan rentas negeri pada 11 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan data bagi per 100,000 populasi, situasi serupa berlaku di Sarawak terutama bagi pesakit kategori 3, 4 dan 5 selepas kebenaran rentas negeri diberikan.

Menurutnya, trend peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 ke hospital awam di Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) yang menyaksikan hanya Negeri Sembilan yang menunjukkan trend peningkatan bermula minggu epid ke-40.

“Perhatian juga mesti diberikan terhadap negeri Sarawak, Kelantan dan Selangor yang masih menunjukkan penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) dan katil ICU melebihi 60 peratus manakala Pulau Pinang dan Perak masih menunjukkan paras penggunaan katil melebihi 50 peratus,” katanya semasa sidang khas hari ini.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan tersebut belum sampai ke tahap melumpuhkan sistem kesihatan negara dan hanya sekadar amaran awal sebelum berlaku malah kerajaan tiada perancangan melaksanakan semula sekatan rentas negeri kerana ia baharu sahaja ditarik semula.

Mengulas berkenaan trend kematian Covid-19, kata Khairy, secara keseluruhan penurunan mula direkodkan sejak lima minggu lalu bermula pada minggu epid 36 dan sehingga 16 Oktober lalu, jumlah kumulatif kematian direkodkan adalah 27,858 atau 1.17 peratus.

“Katanya, sebanyak 593 jumlah kematian akibat wabak berkenaan dilaporkan pada minggu epid 41 dengan purata 85 kematian sehari dan penurunan sebanyak 15.3 peratus berbanding minggu epid 40,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Khairy, penggunaan fasiliti kesihatan termasuk katil ICU, katil bukan ICU dan PKR semakin menurun dengan peningkatan kadar vaksinasi manakala penggunaan katil dan ventilator terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada minggu epid ke-41 iaitu antara 0.3 peratus dan 7.9 peratus.

“Penggunaan katil bukan ICU pada minggu epid 41 ialah 65 peratus berbanding 65.2 peratus pada minggu epid 40 manakala katil ICU mencatatkan 61.8 peratus pada minggu epid 41 berbanding 63.4 peratus pada minggu sebelumnya serta penggunaan ventilator ialah 25 peratus pada minggu epid 41 berbanding 27.1 peratus pada minggu epid 40.

“Bilangan katil yang diperuntukkan bagi merawat kes-kes Covid-19 telah mula diturunkan secara berfasa. Di peringkat kebangsaan, bilangan pesakit Covid-19 yang dirawat di fasiliti kesihatan kian menurun dari minggu ke minggu yang yang menyaksikan pesakit kategori 1 hingga 5 didapati semakin menurun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.