Keputusan hantar jentera PRN Melaka bergantung SOP SPR

Keputusan hantar jentera PRN Melaka bergantung SOP SPR

SAARANI Mohamad (kiri) menandatangani plak lawatan pada program Lawatan Mesra Usahawan Perak di Miker Pizza, Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keputusan menghantar jentera bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk menghantar jentera BN Perak ke PRN Melaka yang dijadual pada 20 November ini.

“Kita belum terima apa-apa arahan lagi sebab kita tidak tahu SOP SPR.

“Dengar kata orang luar Melaka tidak boleh pergi, (mungkin) kempen dalam telefon sahajalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan Mesra Usahawan Perak di Miker Pizza, di sini hari ini.

Semalam, SPR menetapkan 20 November ini sebagai tarikh PRN Melaka bagi mengisi kekosongan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut SPR, hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November manakala hari mengundi awal pula adalah 16 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat ADUN kerajaan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Empat ADUN tersebut diketuai bekas Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Noor Effandi Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN