Sekolah sukan bukan penentu, bakat jadi ukuran

Sekolah sukan bukan penentu, bakat jadi ukuran

NOR SAIFUL ZAINI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih skuad hoki remaja negara, Nor Saiful Zaini menegaskan bahawa latar belakang sekolah sukan bukanlah faktor utama dalam pemilihan pemain ke pasukan kebangsaan, sebaliknya dia lebih mengutamakan bakat dan kemampuan individu di atas padang.

Menurutnya, pemain yang benar-benar berkualiti akan tetap diberi peluang untuk disaring, walaupun mereka bukan daripada aliran sekolah sukan.

Nor Saiful berkata, pemain dari sekolah sukan sememangnya dibentuk untuk menjadi atlet berkualiti, namun tidak kurang juga pemain dari sekolah harian yang memiliki potensi besar jika diberi peluang dan bimbingan secukupnya.

“Pemain dari sekolah sukan mereka dibentuk untuk menjadi pemain yang bagus namun setengah pemain hadir dari sekolah harian, mereka ada kualiti untuk jadi pemain bagus di mana mereka belajar sehari sudah cukup.

“Kita nak cari mana-mana pemain yang boleh sesuaikan diri mereka dengan pasukan kalau tak boleh kita cari pengganti seterusnya. Saya akan ambil pemain yang ada bakat, sekolah mana-mana pun tidak mengapa,” katanya.

Nor Saiful turut berkata, pencarian pemain terbaik remaja akan dibuat di seluruh negara dan mereka akan dibentuk untuk berada di tahap terbaik supaya mampu beraksi di pentas antarabangsa.

“Perancangan saya adalah pemain remaja ini dapat menggantikan skuad senior dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN