MACHANG: Seorang jururawat yang bertugas di Hospital Tanah Merah dekat sini maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik mandi rumahnya di Kampung Pangkal di sini semalam. Mangsa, Habibi Hussin, 46, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.50 petang ketika menerima rawatan di Hospital Machang di sini. Menurut sumber, ahli keluarganya membawa wanita itu ke Hospital Machang selepas menyedari mangsa terkena renjatan elektrik. “Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan…







