ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda UMNO menolak dakwaan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan pandangan peribadi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kenyataan Presiden UMNO sebenarnya adalah cerminan ketetapan perwakilan secara sebulat suara di Perhimpunan Agong UMNO pada 28…










