'Itu keputusan parti, bukan keputusan Presiden' - Sulaiman - Utusan Malaysia

‘Itu keputusan parti, bukan keputusan Presiden’ – Sulaiman

SULAIMAN Md. Ali (kiri) hadir menerima dos penggalak Majlis Perluasan Pelaksanaan PICK di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keputusan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dipatuhi Barisan Nasional (BN) Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ketika ditemui pemberita di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Sulaiman menegaskan, apa yang diucapkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam bukan ditentukan individu, sebaliknya keputusan gabungan itu sendiri.

“Itu keputusan parti bukan keputusan individu, itu keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

“Saya ingat Presiden sudah bagi noktah, tidak akan saya hendak padam noktah itu. Saya akan ikut apa sahaja, saya setia kepada parti saya, apapun Presiden cakap. Kalau noktah, jadi noktah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perluasan Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Terdahulu, ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera BN di Pusat Dagang Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN, 20 November ini.

Beliau berkata, pendirian itu diputuskan berdasarkan keputusan akar umbi, meskipun terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru.

“Ada yang mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Ada yang jangka kita akan berprestasi lebih buruk dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Namun, jika ada pihak yang pernah menikam kita dari belakang dan pernah dipatuk sewaktu di Sabah, kita berazam tidak akan dipatuk di tempat yang sama.

“Kita tidak akan dimanipulasi dan ditunggangi semula. Kita takkan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya