Isu parkir Putrajaya: Cari penyelesaian menyeluruh, bukan penguatkuasaan drastik  - Utusan Malaysia

Isu parkir Putrajaya: Cari penyelesaian menyeluruh, bukan penguatkuasaan drastik 

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lori melanggar lebih 10 kereta di Kompleks E, Putrajaya, baru-baru ini - Sumber media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu isu masalah parkir kenderaan di sini diatasi secara menyeluruh, bukannya menerusi tindakan penguatkuasaan secara drastik.

Itu gesaan disuarakan Presiden Cuepacs, Adnan Mat susulan insiden pemandu lori melanggar lebih 10 buah kereta di Kompleks E, di sini baru-baru ini.

Adnan berharap pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengambil tindakan drastik seperti mengeluarkan saman atau menunda kenderaan yang diletakkan di bahu jalan selepas insiden tersebut berlaku.

Beliau berkata, pihaknya tidak berniat untuk mencampuri urusan pihak berkuasa, namun menyarankan pendekatan lebih mesra seperti memberi peringatan terlebih dahulu sebelum tindakan saman dikenakan.

“Beri masa mencukupi supaya kakitangan kerajaan serta pelawat yang hadir faham mengenai larangan meletakkan kenderaan di bahu jalan tersebut.

“Isu kekurangan tempat letak kereta untuk orang awam di Putrajaya bukan perkara baharu kerana ia telah dibangkitkan sejak perpindahan kumpulan pertama penjawat awam ke situ pada 1999,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

ADNAN MAT

Adnan berkata, pihaknya percaya orang awam atau kakitangan kerajaan bukan sengaja meletakkan kenderaan di bahu jalan sekiranya mempunyai alternatif lain.

Kata beliau, biarpun kawasan tempat letak kereta sudah banyak disediakan, pertambahan jumlah kakitangan kerajaan di Putrajaya serta kehadiran orang awam dalam jumlah ramai menjadikan kawasan yang sudah padat menjadi lebih padat.

“Justeru, pendekatan atau penyelesaian bersifat menyeluruh perlu diberikan perhatian supaya masalah kekurangan parkir ini tidak berlarutan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya turut menerima cadangan supaya kemudahan Park & Ride diperkasakan semula bagi mengatasi isu masalah parkir di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

“Kami melihat kemudahan Park & Ride tersebut suatu inisiatif yang bagus tetapi berharap kerajaan mengkaji mengapa ia tidak menjadi pilihan penjawat awam serta pengunjung yang hadir dan bekerja di Putrajaya.

“Kami berpandangan kemudahan itu perlu diperkasakan supaya ia mampu menarik pengguna untuk menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya