Isu Kampung Melayu Bukit Tarek di bawa ke MTES - MB

Isu Kampung Melayu Bukit Tarek di bawa ke MTES – MB

AMIRUDIN Shari menyaksikan pameran daripada usahawan yang hadir dalam Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Baharu Hijrah Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu ketinggalan dalam mendapatkan kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya yang dihadapi lebih 300 penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek di Ulu Yam, Hulu Selangor di sini akan dibincangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Hal berkenaan dinyatakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan apabila penduduk mendapat geran dan masalah berkaitan pemilikan diselesaikan, sepatutnya pelbagai kemudahan lain turut dinikmati.

“Kita akan selesaikan, pokok pangkalnya permohonan-permohonan air, elektrik dan sebagainya tak lepas. Saya hendak tahu kenapa tak lepas dan saya minta untuk bawa ke MTES untuk kita selesaikan pemilikannya.

“Bila kita selesaikan pemilikan, mereka akan mendapat kemudahan-kemudahan lain selain air, elektrik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pembiayaan Baharu Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini (SUK), hari ini.

Walau bagaimanapun, sebelum itu berhubung status tanah yang dimaklumkan sebagai hutan simpan, beliau menjelaskan menerima laporan awal daripada Jabatan Perhutanan Selangor.

“Itu makluman awal daripada Jabatan Perhutanan Selangor dan saya sedang menunggu laporan lanjut daripada mereka, kemudian saya dapat tahu ada diberikan geran dan sebagainya,” jelasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo mempersoalkan kenyataan Amirudin yang mendakwa kawasan Kampung Melayu Bukit Tarek itu sebagai hutan simpan apabila geran sudah pun diberikan sejak 2004.

Menurutnya, isu geran tidak sepatutnya timbul apabila status tanah tersebut sebelum itu adalah dijelaskan sebagai free from any incumbency dan menegaskan kerajaan negeri perlu membantu penduduk di sana mendapatkan kemudahan asas.

Terdahulu penduduk di kampung berkenaan menafikan mereka menceroboh kawasan hutan simpan untuk dijadikan penempatan sebaliknya mendakwa memperoleh geran sah ketika Mohamad Khir menjadi Menteri Besar selepas lebih 20 tahun meneroka kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN