Diesel ke Australia bukan dari hasil perut bumi Malaysia - PMO - Utusan Malaysia

Diesel ke Australia bukan dari hasil perut bumi Malaysia – PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan diesel yang dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Australia bukan milik Malaysia, sebaliknya dimiliki syarikat antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai tempat penyimpanan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, keadaan itu sama seperti isu bekalan minyak dihantar ke Filipina sebelum ini.

Katanya, minyak yang dijual ke Australia itu diperoleh melalui kontrak antara Viva Energy dan BP Australia.

“Itu bukan diesel Malaysia, tapi milik syarikat antarabangsa yang membeli diesel mentah dari negara lain, kemudian menyimpan diesel itu di Malaysia.

“Sekarang minyak itu dijual ke Australia melalui kontrak antara Viva Energy dan BP Australia (seperti mana disebut dalam laporan berita ini). Ia disebut ‘dari Malaysia’ sebab kapal itu ambil minyak yang disimpan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PMO juga menegaskan bahawa diesel tersebut bukan dari hasil perut bumi negara.

“Kerajaan Malaysia dan Petronas tidak menjual minyak dan diesel kita, seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, portal berita Australia melaporkan Perdana Menterinya, Anthony Albanese mengumumkan bahawa bekalan minyak diesel sebanyak 200 juta liter kini dalam perjalanan ke negara tersebut.

Katanya, bekalan itu dihantar menggunakan empat kapal kargo dengan dua daripadanya datang dari Korea Selatan manakala dua lagi dari Brunei dan Malaysia.

Menurut laporan itu, bekalan itu diperoleh melalui kontrak dengan Viva Energy dan BP Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN