Hujan lebat berterusan, 37 buah rumah rumah terjejas banjir di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hujan lebat berterusan, 37 buah rumah rumah terjejas banjir di Negeri Sembilan

NOR Karziela Sulong mendukung anaknya berusia tujuh bulan melihat keadaan banjir yang menenggelamkan rumah mentuanya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, malam ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebanyak 37 buah rumah dan sebuah resort di daerah ini terjejas dalam kejadian banjir kilat ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia pada pukul 9 malam ini di Kampung Pilin di sini, mendapati terdapat rumah yang masih ditenggelami air.

Malah ada rumah dinaiki air sehingga paras lebih satu meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohamad Najib Mustafa berkata, sebanyak 37 buah rumah termasuk dua buah inap desa di sekitar kawasan mukim Pedas dan  kawasan Pilin terjejas banjir.

Menurutnya, sebanyak dua buah rumah dan dua inap desa di Kampung Paya Besar terjejas banjir diikuti empat buah rumah di Batu 2, Pedas Tengah; dua buah rumah di Batu 1, Pedas Tengah dan sebuah rumah di Jalan Minching Baru, dinaiki air.

“26 buah rumah dan sebuah resort di sekitar Kampung Pilin juga ditenggelami banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Nor Karziela Sulong, 33, berkata, dia baru tiga tahun menetap di perkampungan berkenaan bagi menemani ibu mentuanya yang berusia 83 tahun.

Menurutnya, air naik dengan pantas semasa azan Maghrib.

“Saya tidak sempat selamatkan apa-apa barang sebab air di halaman depan rumah sudah naik ke paras pinggang.

“Suami bekerja, mujur ada anak buah datang membantu dan menyelamatkan kami. Empat anak-anak saya yang diselamatkan seawal usia tujuh bulan hingga 12 tahun.

“Masa saya keluar, air sudah lebih satu meter. Sebuah kereta jenis Proton Wira tenggelam dan dua buah motosikal juga tidak dapat diselamatkan,” katanya lagi.

Menurutnya, dia kini menumpang di rumah jiran yang tidak dinaiki banjir buat sementara waktu sehingga banjir surut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya