Guru tadika rugi RM69,030 tertipu beli kucing dalam talian

Guru tadika rugi RM69,030, tertipu beli kucing dalam talian

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hasrat seorang guru tadika untuk membeli seekor kucing jenis Scottish secara dalam talian tidak kesampaian malahan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM69,030.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 25 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Paroi semalam selepas menyedari dirinya tertipu dan bimbang gambar dokumen peribadi yang dikongsikan akan disalah guna.

Menurutnya, mangsa telah membuat sebanyak 14 transaksi kewangan selepas tertarik dengan iklan penjualan haiwan peliharaan kucing jenis Scottish yang berada di Indonesia menerusi Facebook kira-kira pukul 10.52 pagi, 23 Oktober lalu.

“Mangsa berminat untuk membeli dan telah berurusan dengan penjual kucing tersebut menerusi nombor telefon +62 895-3241-29741, mangsa bersetuju untuk membeli seekor kucing dengan harga RM900. 

“Mengikut perbincangan awal, mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut. 

“Pada hari yang sama, kira-kira pukul 11.55 pagi, mangsa telah membuat pindahan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong Bank dengan nombor 3385 1035 867 atas nama Tansiaupenga Siagian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, setelah pindahan wang dibuat, mangsa telah diberitahu kucing tersebut telah di poskan dan sepanjang proses pengeposan kucing tersebut mangsa dikehendaki membayar beberapa wang sebagai prosedur. 

Menurutnya, mangsa telah membuat 14 transaksi ke dua buah akaun iaitu akaun RHB Bank, 1020 6900 4503 42 dan Maybank, 1600 3736 6616.

“Mangsa yang telah memberikan gambar kad pengenalan dan alamat rumah kepada individu tersebut berasa bimbang akan disalah guna dokumen berkenaan dan segera membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kami nasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam urusan pembelian secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya