Gangguan seksual: Faizal Azumu diasak pembangkang di Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Gangguan seksual: Faizal Azumu diasak pembangkang di Dewan Rakyat

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus diasak berikutan kenyataannya yang mempersoal niat ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berhubung insiden gangguan seksual.

Ia bermula di Dewan Rakyat hari ini dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta penjelasan apakah pendirian kerajaan dalam hal itu.

Selepas itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 12(1), mempersoalkan peranan Ahmad Faizal selaku menteri yang seolah-olah tidak memberi sokongan yang diperlukan Pandelela dan atlet wanita dalam usaha mengekang insiden gangguan seksual.

“Tiada had masa untuk aduan khususnya aduan membawa kepada masalah jenayah, there is no time limitation in criminal laws.

“Kalau ada aduan, walaupun lama, seharusnya diambil tindakan. You as a minister should set the example, stand up and support the athletes,” kata Gobind.

Namun, Ahmad Faizal berkata, apa yang beliau maksudkan itu adalah keperluan untuk mengetahui butiran lanjut kerana isu gangguan seks timbul semula.

Dalam hal ini, katanya, beliau menggesa agar semua pihak merujuk perkongsian klip penuh sidang media semalam dengan teliti supaya faham dengan mesej yang ingin disampaikan.

“Apa yang cuba saya lakukan (maksudkan) ialah mendengar terlebih dahulu dari semua pihak sebelum saya boleh beri penjelasan, itu yang saya sebut dalam sidang media.

“Saya dah muat naik (klip penuh) dalam Facebook saya, untuk semua dengar sendiri apa yang saya katakan.

“Saya mesti memastikan kejadian buruk (yang telah berlaku) kepada Pandelela, (tidak lagi berlaku) kepada mana-mana atlet terkesan, kerana kita mesti pertahan anak-anak kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya