Dua lelaki rakyat Ukraine antara didakwa bergaduh di Changkat Bukit Bintang - Utusan Malaysia

Dua lelaki rakyat Ukraine antara didakwa bergaduh di Changkat Bukit Bintang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warganegara Ukraine mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan terlibat dalam pergaduhan dan menimbulkan kekecohan di tempat awam di Jalan Changkat Bukit Bintang, Isnin lalu.

Bagaimanapun, lelaki tempatan R. Satyananthan, 52, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan didenda RM500.

Satyananthan, Symonenko Pavlo, 38; dan Peleshok Denys, 32, bersama empat lagi yang masih bebas didakwa melakukan gaduh gempar dengan melakukan kekecohan di sebuah restoran di Changkat Bukit Bintang pada pukul 5.50 petang pada 10 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding itu,  mahkamah membenarkan Symonenko dan Peleshok diikat jamin masing-masing RM1,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Tarikh 26 November ini ditetapkan untuk sebutan kes bagi kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip. Peguam P. Rajsurian mewakili Symonenko dan Peleshok manakala peguam Revin Kumar mewakili tertuduh Satyananthan.

Kelmarin, media melaporkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat Bukit Bintang seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua video masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat memaparkan insiden pergaduhan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, NanManjoi8715.

Menurut polis, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian menjalankan siasatan berkenaan video terbabit yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 dan 52 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.