[DIKEMAS KINI] DAP tolak 'YB Viral' Norhizam calon PRN Melaka - Utusan Malaysia

[DIKEMAS KINI] DAP tolak ‘YB Viral’ Norhizam calon PRN Melaka

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: DAP menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

LIM Guan Eng dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pejabat DAP Melaka di Klebang, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, penolakan Norhizam sebagai calon akan dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Saya hendak tegaskan bahawa DAP menolak sama sekali ADUN Pengkalan Batu sebagai calon pada PRN.

“Keputusan ini akan dibawa ke Majlis Presiden PH untuk dibincangkan bersama rakan-rakan komponen yang lain,” katanya dalam sidang akhbar lawatan kerja DAP Pusat sempena PRN Melaka di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Norhizam yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu dan meninggalkan PH selepas mengaku hanya menjadi barua sepanjang bersama parti berkenaan.

Gelagat Norhizam yang lantang bersuara termasuk mengeluarkan perkataan babi semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka baru-baru ini juga menimbulkan rasa kurang senang sebahagian besar ahli DAP.

Sementara itu, Guan Eng memaklumkan, pendirian DAP akan bertanding sebagai satu pasukan di bawah khemas besar PH.

Jelasnya, PRN kali ini menyaksikan semua komponen akan bertanding di bawah satu logo PH.

“PH bertanding untuk mendapatkan kembali mandat rakyat bagi membentuk kerajaan di Melaka. Kami juga menyatakan sokongan kepada Pengerusi PH negeri, Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri sekiranya PH menang.

“Saya harap tiada kesangsian terhadap perkara ini. Cadangan ini bukan daripada DAP atau mana-mana pihak, tetapi kerana Adly telah menjalankan tugasnya sebagai Ketua Menteri dengan baik,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya