[Bajet 2022] Kerajaan tambah baik kemudahan penjawat awam - Utusan Malaysia

[Bajet 2022] Kerajaan tambah baik kemudahan penjawat awam

Perumahan di Putrajaya. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat kepada dua peratus merupakan antara usaha bagi menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, selain itu kerajaan akan memperuntukkan RM365 juta antaranya bagi menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.

“Di samping itu, kerajaan meneruskan inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan,” katanya  dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Katanya, bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

“Ia di atas jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, OKU dan pesakit mental,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.