Azalina dilantik Penasihat Khas PM - Utusan Malaysia

Azalina dilantik Penasihat Khas PM

ISMAIL Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Azalina Othman Said. - FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Perkara itu dimaklumkan oleh Azalina menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.

“Terima Kasih YAB Datuk Seri Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Beliau dikhabarkan menerima surat pelantikan tersebut Khamis lalu.

Sejak semalam tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam media sosial.

Azalina adalah pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.

Beliau sebelum ini menghantar notis usul cadangan RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada bulan lalu.

Selain Azalina, seorang lagi wakil rakyat UMNO iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Ahli Parlimen Machang) dilantik sebagai Pengerusi Felcra pada minggu ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya