4.8 juta individu bujang dapat BKM 2022 - MOF - Utusan Malaysia

4.8 juta individu bujang dapat BKM 2022 – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 4.8 juta individu bujang mendapat manfaat daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan melalui pembentangan Bajet 2022, Jumaat lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah penerima bujang itu membabitkan seramai satu juta penerima warga emas bujang dan 3.8 juta penerima bujang.

Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 9.6 juta penerima layak menerima BKM membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM8.2 bilion.

“BKM 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021.

“BKM 2022 telah ditambah baik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, antara pembaharuan bantuan ialah bayaran RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Jelasnya lagi, pemberian bantuan ini adalah peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya