Seramai 35,438 pelajar Terengganu kembali ke sekolah

35,438 pelajar Terengganu kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan secara bersemuka di Terengganu yang bermula hari ini melibatkan seramai 35,438 pelajar.

Daripada jumlah itu, seramai 17,193 merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula ialah 4,873 orang dengan 2,166 daripadanya pelajar semester 2 diikuti 2,707 lagi (semester 1).

Bagaimanapun, kehadiran pelajar tingkatan enam semester 1 adalah secara bergilir kecuali penghuni asrama dan penuntut semester 2.

Bagi sekolah rendah pula, bilangan murid berkeperluan khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah seramai 2,566 orang di samping prasekolah (10,806 orang).

Sesi persekolahan secara bersemuka hari ini melibatkan negeri Terengganu, Kelantan dan Pulau Langkawi di Kedah.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin meluangkan masa kira-kira 45 minit meninjau perjalanan hari pertama persekolahan bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.