18 kampung Orang Asli di Pos Betau kena PKPD - Utusan Malaysia

18 kampung Orang Asli di Pos Betau kena PKPD

MASYARAKAT Orang Asli etnik Semai di Pos Betau dikenali kerana keramahan mereka terhadap penduduk luar. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 18  perkampungan masyarakat Orang Asli di Daerah Lipis, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia melibatkan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Betau dalam Mukim Ulu Jelai.

Langkah itu, katanya, susulan lebih lebih 20 kes positif Covid-19 yang sudah direkodkan Jabatan Kesihatan Pahang sejak bulan lalu dipercayai akibat penularan Kluster Komuniti Sungai Jelai.

Ia meliputi Kampung Meter, Kampung Sentoi, Kampung Sarang, Kampung Cekai, Kampung Limau, Kampung Lanchang, Kampung Samak, Kampung Sat, Kampung Kabang, Kampung Kuala Kenik, Kampung Miluk, Kampung Ulu Miluk, Kampung Celang, Kampung Bertam, Kampung Jelengok, Kampung Tual, Kampung Belida Baru dan Kampung Simoi Baru.

Penempatan kalangan suku kaum Semai itu didiami hampir 3,000 orang dan terletak 70 kilometer dari Kuala Lipis serta diwakili Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau memaklumkan bahawa PKPD tersebut berlangsung selama 14 hari sehingga 2 November depan, manakala tiada lokaliti sedia ada yang akan dilanjutkan lagi sekatan berkenaan.

Justeru, dua lokaliti di dua negeri bakal ditamatkan PKPD serentak esok seperti dijadualkan antaranya Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan.

Perkampungan tradisional terpencil itu merangkumi Pasir Kelang Lama dan Baru yang dipisah oleh Sungai Kelantan serta cuma boleh dihubungi dengan feri melibatkan jarak 250 meter.

Lokaliti ini dikenakan PKPD sejak 6 Oktober manakala satu lagi kawasan ialah Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn. Bhd. di Bukit Koman dalam Mukim Gali, Daerah Raub di Pahang.

Ia telah pun lama dilaksanakan PKPD sejak 23 September sebelum disambung lagi pada 6 Oktober lalu susulan kluster industri daripada pekerja bergejala pertengahan bulan lepas.

Keadaan itu turut mengakibatkan penularan serius melibatkan kawasan perumahan sekitar yang melibatkan penduduk Taman Kemajuan, Taman Muhibbah dan Taman Amalina Lestari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya