14 klinik kesihatan di Lembah Klang vaksinasi Covid-19 - Utusan Malaysia

14 klinik kesihatan di Lembah Klang vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyenaraikan 14 buah klinik kesihatan (KK) di sekitar Lembah Klang bagi urusan vaksinasi untuk penduduk dewasa di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

CITF menerusi kenyataan akhbar hari ini memaklumkan, bermula Isnin ini, vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warganegara dan bukan warganegara kini hanya dilaksanakan dengan kaedah janji temu. 

Menurutnya, klinik terlibat adalah Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Setapak, Kampung Pandan, Datuk Keramat, Jinjang, Sentul dan  Klinik Kesihatan Batu Muda.

“Selain itu,  Klinik Kesihatan Tanglin,  Muhibbah, Bandar Tun Razak, Cheras, Sungai Besi,  Cheras Baru,  Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi Covid-19 termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua  perlu membuat janji temu awal dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing.

Dalam pada itu, katanya, bagi urusan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun pula, ia tertakluk kepada pengumuman yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian klinik kesihatan atau pejabat kesihatan daerah (PKD) berdasarkan lokasi berhampiran dengan penerima,” katanya.

Bermula semalam, urusan vaksinasi Covid-19 di Lembah Klang akan diteruskan di  klinik kesihatan yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN