11 lelaki ditahan memandu ketika mabuk - Utusan Malaysia

11 lelaki ditahan memandu ketika mabuk

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan 11 lelaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol menyebabkan mereka ditahan di sekitar ibu negara, kelmarin hingga awal pagi ini.

Menerusi operasi operasi samseng jalanan,motosikal dan pelbagai kesalahan lima remaja turut ditahan menunggang motosikal secara berbahaya.

Kesemua mereka ditahan menerusi operasi dijalankan 89 pegawai Unit Penguatkuasaan dan Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam kelmarin hingga 4 pagi tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi berkenaan dijalankan di sekitar pusat bandar, Jalan Bangsar, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut ( menghala Sentul dan Chow Kit ), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

“Menerusi operasi itu kita telah menahan 11 lelaki berusia antara 21 hingga 51 tahun ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

“Lima lagi lelaki berusia 15 hingga 22 tahun ditahan kerana menunggang motosikal sambil melakukan aksi Superman, zig-zag, dan roket selain bersaing sesama sendiri.

“Semua tahanan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 45(A) dan 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Sarifudin,sebanyak 358 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN