Vaksin remaja bawah 18 tahun sekarang - DAP Perak - Utusan Malaysia

Vaksin remaja bawah 18 tahun sekarang – DAP Perak

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Kesihatan harus mengamalkan prinsip ‘tanpa buang masa’ bagi memulakan vaksinasi golongan remaja bawah umur 18 tahun dengan segera, khususnya di Perak agar proses vaksinasi di negeri itu dipercepat sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dibuka.

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, persoalan yang sering ditanya sekarang bilakah anak-anak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan untuk menerima vaksin terutama apabila segolongan besar daripada mereka dikehendaki memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober ini.

“Kebimbangan ibu-bapa ini adalah suatu perkara yang harus ditangani,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor percaya banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di Perak menghadapi kekurangan calon penerima vaksin ketika ini dan kerajaan harus bersikap tanpa membuang masa dengan membuka vaksinasi untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Beliau membuat gesaan itu berdasarkan kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bahawa jabatan itu telah membuka kesemua PPV awam bermula semalam untuk penerimaan vaksin secara ‘walk-in’ atau datang terus tanpa temu janji.

“Ini jelas menunjukkan temu janji untuk mereka yang berdaftar telah hampir selesai dan PPV awam sekarang bersedia dan berupaya untuk menerima penerima-penerima vaksin untuk golongan yang seterusnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN