PETALING JAYA: Selangor FC dijangka membuat kejutan menjelang saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2026 apabila bakal membawa masuk bintang futsal Brazil, Marlon Araujo.
Berita mengejutkan itu diketahui selepas Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) menyenaraikan Selangor FC sebagai kelab Araujo ketika mengumumkan senarai pemain bagi menyertai Copa America 2026.
Araujo merupakan bekas pemain futsal Inter FS antara tonggak pasukan ketika membantu Brazil menjuarai Piala Dunia Futsal 2024 serta menerima Anugerah Silver Ball pada kejohanan tersebut.
Selangor FC juga dilihat sudah mengikuti akaun pemain tersebut sekali gus menguatkan lagi cakap-cakap mengenai perpindahan Araujo ke pasukan di Lembah Klang itu.
Usaha Selangor FC itu nampaknya cuba menamatkan penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai MPFL pada musim 2024 dan 2025 manakala Selangor FC sekadar di tempat kedua.
Kali terakhir Selangor FC pernah menjuarai MPFL adalah pada 2022. – UTUSAN










