Tuan Ibrahim fokus lima sasaran KPI dalam 100 hari

Tuan Ibrahim fokus lima sasaran KPI dalam 100 hari

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air memfokuskan lima daripada 10 sasaran sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. 

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sasaran itu adalah menggubal kerangka undang-undang perubahan iklim negara dan menggubal struktur asas Pusat Inventori GHG Negara.  

“Kerajaan juga menyasarkan untuk membangunkan rangka kerja Skim Perdagangan Karbon Domestik, melancarkan Hala Tuju Pengekalan Plastik dan melancarkan Portal Pekerjaan Hijau bagi menjana peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan ekonomi hijau,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya hari ini. 

7 September lalu, kementerian menetapkan 10 sasaran utama bagi membuktikan pencapaian awal ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh 100 hari.

Sasaran itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sektor alam sekitar serta sektor air dan pembentungan.

Bagi sektor air dan pembentungan pula, kementerian akan merancang membangunkan mekanisme penetapan tarif air yang adil dan telus serta mewujudkan lima kawasan baharu bagi projek wakaf air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN