[SIDANG DUN SABAH] Sabah tidak bercadang beri kad pengenalan kepada PATI - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN SABAH] Sabah tidak bercadang beri kad pengenalan kepada PATI

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk memberikan kad pengenalan diri (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang sudah divaksin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan sentiasa memelihara hak dan keselamatan negeri ini.

“Kerajaan tidak bercadang memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada PATI di Sabah bagaimanapun, kita akan mempertimbangkan pemberian (kad pengenalan) kepada orang asal yang masih tiada dokumen pengenalan diri,” katanya semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) mengenai rancangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan kad pengenalan kepada PATI yang sudah divaksin.

Pada 15 September, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menyatakan KDN akan mempertimbang untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah, termasuk dalam kalangan orang asal, yang masih belum memiliki identiti diri, jika memenuhi kelayakan.

Beliau berkata, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak untuk meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya