Sanusi didesak kemuka bukti berdokumen pindah wang MBI ke luar negara - Utusan Malaysia

Sanusi didesak kemuka bukti berdokumen pindah wang MBI ke luar negara

MUSTAFFA IDRUS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor mengemukakan bukti berdokumen susulan dakwaannya terhadap berlaku pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta ke dalam satu akaun di luar negara.

Pengerusi Perhubungan Putra Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Muhammad Sanusi wajar menjelaskan dakwaan itu secara terperinci mengenai dakwaan tersebut kepada semua pihak khususnya rakyat negeri ini.

Pada masa sama, menurutnya, Menteri Besar perlu melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan bagi memastikan segala dakwaan salah laku dalam pentadbiran negeri terdahulu dapat dilakukan siasatan.

“Dakwaan itu tentu menjadi kemas jika ada dokumen lengkap dikemukakan bagi mengelak dakwaan itu sebagai fitnah berlarutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

Katanya, SPRM wajar menjalankan siasatan dengan segera sekiranya laporan berkaitan isu tersebut dibuat selepas ini.

“Isu tersebut bukan kecil kerana melibatkan jumlah wang yang banyak dan boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan memajukan negeri.

“Sekiranya ada salah lalu dalam pentadbiran kerajaan negeri lalu, mereka yang bersalah perlu dihukum,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Mustaffa juga meminta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi kerjasama berkaitan perkara tersebut.

MUKHRIZ MAHATHIR

Terdahulu, Muhammad Sanusi mendedahkan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah berjumlah RM13 juta ke satu akaun di luar negara ketika Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar sebelum ini.

Sementara itu, Mukhriz pula menganggap dakwaan kononnya berlaku pemindahan wang tersebut seperti yang didedahkan oleh Muhammad Sanusi merupakan satu tuduhan serius. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya