Roziah mampu bawa UiTM ke aras paling tinggi - Mitasa - Utusan Malaysia

Roziah mampu bawa UiTM ke aras paling tinggi – Mitasa

ROZIAH MOHD. JANOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan pengalaman luas sebagai ahli akademik dan memegang beberapa jawatan penting di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Naib Canselornya, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor diyakini menggunakan segala kemahiran untuk mengemudi institusi paling penting untuk bumiputera, di negara ini.  

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga percaya dengan pasukan sedia ada di UiTM yang diterajui beliau bakal menjadikan universiti itu lebih cemerlang. 

Ia antara lain melihat kepada sokongan dan dukungan penuh daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan pihak pengurusan kementerian yang bakal membantu supaya visi dan misi UiTM tercapai. 

“Mitasa sendiri diberi peluang oleh pihak pengurusan tertinggi UiTM untuk menyuarakan pandangan bagi mewakili kakitangan akademik. Walaupun mempunyai pandangan tersendiri dan ada kalanya berbeza dengan pengurusan dalam hal tertentu, namun segalanya dapat ditangani dengan baik. 

“Kami juga percaya di bawah kepemimpinan beliau, ini satu petanda positif bagi mewujudkan hubungan lebih harmoni antara pengurusan dan juga Mitasa yang merupakan kesatuan sekerja mewakili kakitangan akademik di universiti ini sejak 1972.

“Kami menyeru semua kakitangan akademik UiTM, bukan akademik, alumni UiTM, ibu bapa serta mahasiswa untuk terus teguh bersama kepimpinan UiTM dalam memacu universiti ke aras lebih tinggi, menggembleng tenaga dan daya bagi mencapai visi UiTM sebagai universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025,” katanya hari ini. 

Pada 3 September lalu, Roziah dilantik sebagai Naib Canselor baharu UiTM sekali gus menjadi wanita pertama menyandang jawatan berkenaan. 

Awal bulan lalu, pelantikan beliau yang sepatutnya berkuat kuasa 9 Ogos lalu sehingga 11 Oktober 2023 ditangguh iaitu dua hari selepas  peletakan jawatan Noraini sebagai Menteri. 

Roziah menggantikan bekas penyandang terdahulu iaitu Prof. Dr. Mohd Azraai Kassim yang dilantik sebagai Naib Canselor UiTM berkuat kuasa mulai 14 Februari 2019 hingga 14 Februari 2022. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya