Pengikut 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' elok serah diri jika tak mahu diburu - Utusan Malaysia

Pengikut ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ elok serah diri jika tak mahu diburu

AHMAD Marzuk Shaary (kanan) melawat Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengikut ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) diseru memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan menyerah diri secara sukarela bagi mengelak mereka diburu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, para pengikut PMYT diperlukan bagi membantu siasatan pihak berkuasa berhubung dakwaan ia merupakan ajaran sesat.

“Polis sudah mula menjalankan siasatan terhadap PMYT, jadi saya nasihatkan kepada semua pengikut dia supaya serah diri dengan segera. Kita sedang bekerjasama dengan polis dalam menyelesaikan kes ini.

“Terlebih dahulu, kita akan tengok pada hasil penyiasatan polis. Setakat yang saya tahu, kes ini tidak luas dan hanya membabitkan satu kelompok kecil,” katanya ketika ditemui di Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di masjid itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini dan disasarkan untuk menjalankan proses vaksinasi terhadap 6,000 individu dalam tempoh tersebut.

Mengulas lanjut perkembangan kes PMYT, Ahmad Marzuk berkata, bagi melancarkan urusan pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar wakilnya untuk membantu penyiasatan tersebut.

“Pertama, kita sudah ada pasukan khas Jakim di bawah bahagian penguatkuasaan dan kedua, kita juga ada bahagian kepakaran untuk meneliti ajaran PMYT. Soal ajaran yang dikatakan sesat ini, kita kena tengok hasil siasatan polis dulu.

“Kita juga bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada pengikut ajaran berkenaan,” katanya.

Media semalam melaporkan, Ketua ajaran PMYT yang digelar ‘Sittah Annur’ ditahan reman selama empat hari hingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dikatakan membawa ajaran sesat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya