[PARLIMEN] SPR gagal lakukan reformasi dalam sistem pilihan raya, dakwa MP Bandar Kuching - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] SPR gagal lakukan reformasi dalam sistem pilihan raya, dakwa MP Bandar Kuching

KELVIN YII LEE WUEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan pembaharuan untuk membolehkan pemilih mengundi dalam pilihan raya dengan selamat terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 masih menular.

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) berkata, pembaharuan itu adalah dengan membenarkan kaedah undi secara pos bagi Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.

Katanya, SPR hanya perlu menggazetkan undi secara pos layak bagi pengundi di negeri berkenaan selaras di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

“Kaedah ini bukan sahaja baik malah menjimatkan kos terutama mereka yang mengundi di kawasan pedalaman. Selain itu, SPR harus memanjangkan masa mengundi sekurang-kurangnya sehingga satu minggu dan membuat pengundian secara berjadual.

“Mungkin bagi saluran 1 dan saluran (semasa mengundi) untuk hari tertentu dan begitu juga dengan saluran 3, saluran 4 dan sebagainya. Dengan ini, dapat memanjangkan masa dan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih dan titah diraja di Dewan Rakyat, petang ini.

Dalam pada itu, Lee Wuen mendakwa, SPR telah gagal mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan reformasi terhadap sistem bagi menjamin supaya hak pengundi untuk mengundi dengan selamat.

“Sepatutnya SPR berani melakukan pembaharuan untuk menjamin keselamatan pengundi di seluruh negara. SOP (prosedur operasi standard) sedia ada yang saya lihat dikatakan SPR baik.

“Dari segi penjarakan sosial, pengambilan suhu badan semua baik tetapi saya lihat dengan jelas ia tidak cukup (menyorot apa yang berlaku semasa pilihan raya negeri di Sabah sebelum ini),” katanya.

Katanya, SPR tidak bercadang melakukan pembaharuan tersebut malah mereka menasihati pengundi supaya menukar alamat tempat tinggal asal ke tempat bermastautin.

“Saya ada tulis soalan kepada Parlimen dan SPR menjawab mengenai perkara ini. Bagi saya ini adalah alasan. Kita harus mencari jalan, katakan saya rakyat negeri Sarawak, mahu mengundi di Sarawak.

“Berilah peluang untuk saya mengundi di sana. Carilah jalan supaya saya boleh mengundi dengan selamat. Jika tidak, ini adalah satu bentuk penindasan terhadap pengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 yang diwartakan Kerajaan Persekutuan selepas proklamasi darurat berkuatkuasa 31 Julai lalu harus dibentang, dibahas dan diundi di Parlimen.

“Bukan saya menentang pengisytiharan darurat, malah saya bersetuju kerana ini bukan masanya mengadakan pilihan raya tetapi saya berpendapat semua proses harus dilakukan dengan betul berdasarkan Perlembagaan.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan setelah mencapai tempoh matang lima tahun pada 7 Jun lalu namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang didakwa sudah dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya