Presiden Pas rasmikan Konvensyen Reset Malaysia esok

Presiden Pas rasmikan Konvensyen Reset Malaysia esok

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konvensyen Reset Malaysia di Tanah Merah, Kelantan esok akan dirasmikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Konvensyen itu bakal berlangsung di Tapak Ekspo Kota Harmoni pada pukul 12.30 tengah hari dan dijangka menjadi medan gerakan Reset diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan hala tuju politiknya.

Berdasarkan hebahan di Facebook Reset Malaysia, konvensyen itu membawa mesej membina konsensus nasional baharu demi masa depan negara.

“Setiap negara akan sampai ke satu titik di mana rakyat perlu memilih untuk terus berpecah, atau kembali semula kepada titik asas-reset.

“Reset bermula dengan keyakinan bahawa negara tercinta ini mempunyai masa hadapan yang cerah dan mampu untuk bangkit,” katanya.

Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempelopori gerakan itu susulan pemecatannya daripada Bersatu.

Konvensyen itu dijangka dihadiri kira-kira 1,000 peserta mewakili 153 bahagian termasuk penyertaan 19 ahli Parlimen serta ribuan bekas ahli Bersatu yang menjadi pendukung di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN