[PARLIMEN] Komited perluas liputan jalur lebar di Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Komited perluas liputan jalur lebar di Sabah, Sarawak

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 839 lokasi di seluruh negara dikenal pasti diberi liputan jalur lebar di kawasan-kawasan yang sukar diakses dengan teknologi gentian optik dan mudah alih.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif untuk menyediakan liputan jalur lebar itu dijangka bermula hujung tahun ini dan disiapkan awal 2022.

“Bagi meningkatkan lagi liputan di negeri Sabah dan Sarawak, perancangan dan pencapaian JENDELA sehingga kini sebanyak 1,295 stesen pemancar di Sabah dan 1,209 stesen pemancar di Sarawak akan dinaik taraf.

‘Sebanyak 382 menara baharu di Sabah dan 636 menara baharu di Sarawak daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,661 menara baharu di seluruh negara akan dibina menjelang penghujung tahun 2022 bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi,” katanya dalam persidangan  Dewan Rakyat, hari ini.

Anuuar (BN-Ketereh)berkata demikian bagi menajwab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu- Beaufort) yang meminta menyatakan apakah langkah yang  diambil untuk memastikan capaian internet kelajuan yang tinggi di Sabah khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut Annuar, pelaksanaan JENDELA terus digiatkan bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat diterima dengan cepat oleh rakyat.

Katanya, ini termasuk mengkaji semula secara berkala sasaran-sasaran awal yang telah ditetapkan sebelum ini seperti bilangan menara baharu yang akan dibina, stesen pemancar yang dinaik taraf serta premis-premis yang mendapat akses gentian optik bagi memastikan keperluan Rakyat sentiasa diutamakan.

“Menerusi portal JENDELA Map yang telah dilancarkan pada Julai lepas, maklumat yang diperoleh daripada pengguna secara terus secara sumber khalayak atau crowdsourcing, dapat digunakan sebagai maklumat bagi membuat perancangan penambahbahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar dari masa ke semasa.

“Oleh itu, para pengguna disaran melayari portal itu bagi melaporkan lokasi yang kurang mendapat liputan agar boleh dimasukkan ke dalam perancangan masa hadapan. Kesemua inisiatif ini memerlukan kerjasama serta tindakan beberapa pihak berkepentingan lain terutama kerajaan negeri.

“Kementerian melalui MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi menambah baik liputan dan kualiti jalur lebar di Sabah dan Sarawak untuk mengenal pasti keperluan dan menyelaraskan inisiatif jalur lebar bagi mengelakkan pertindihan lokasi pelaksanaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya