Parlimen giat langkah pencegahan Covid-19 - Utusan Malaysia

Parlimen giat langkah pencegahan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah pencegahan penularan Covid-19 sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat giat dilakukan termasuk mewajibkan semua ahli Parlimen menjalani ujian RTK setiap Isnin dan Rabu.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, selain itu, ahli-ahli Parlimen disyor melakukan sistem penggiliran ketika berada dalam Dewan.

Katanya, pasukan pemantauan Kementerian Kesihatan ditempatkan di Parlimen bagi memastikan peraturan berjalan.

“Ahli Parlimen digalakkan memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka ‘face shield’ ketika dalam Parlimen.

“Pengurusan Parlimen juga sudah menambah baik sistem pengudaraan dan penyaman udara,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN