Nelayan dikhuatiri lemas, jatuh laut ketika pasang jaring - Utusan Malaysia

Nelayan dikhuatiri lemas, jatuh laut ketika pasang jaring

ANGGOTA bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat bagi mencari seorang nelayan yang hilang ketika memasang jaring berdekatan Pangkalan Jeti Kuala Lukut Kecil, Port Dickson hari ini.- HSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang nelayan berusia 64 tahun dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memasang jaring di satu batu nautika dari Pangkalan Jeti Kampung Kuala Lukut Kecil, Port Dickson, dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.30 petang ini dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

“Kami menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang nelayan yang dipercayai keluar memasang jaring pada pukul 10.30 pagi untuk menangkap ikandi kawasan Kelong Mahmud dan bot mangsa telah ditemuikan oleh nelayan pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian kami memulakan pencarian di permukaan bermula 4 petang tadi sehingga malam ini. Pencarian agak sukar disebabkan keadaan air pasang besar.

Kami difahamkan mangsa dipercayai terjatuh satu batu nautika dari pangkalan jeti nelayan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

“Kami telah menurunkan beberapa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan PPDA Jempol bagi pencarian di permukaan sehingga mangsa ditemukan,” katanya.

Mohd. Hairul Izam memaklumkan, agensi yang turut terlibat dalam operasi tersebut antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Jelas beliau, operasi pencarian akan disambung pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya