Najib tak tolak kemungkinan bertanding PRU-15 - Utusan Malaysia

Najib tak tolak kemungkinan bertanding PRU-15

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan pelbagai perbicaraan lain.

Dalam wawancara bersama Reuters, ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkara itu sudah tentunya diinginkan oleh mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau layak atau sebaliknya untuk bertanding pada pilihan raya itu adalah tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan, tentunya ingin menjadi ahli Parlimen.

“(Namun) ia tertakluk kepada tafsiran dari segi undang-undang, Perlembagaan dan apa yang berlaku semasa perbicaraan,” katanya seperti dilapor FMT.

Untuk rekod, selain kes kesalahan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masih dalam tempoh rayuan, Najib juga menghadapi beberapa kes mahkamah berhubung dana 1MDB. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya