KUALA LUMPUR: Band rock terkenal Amerika Syarikat (AS), Evanescene bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur selepas kali terakhir berkunjung ke negara ini 14 tahun lalu.
Khabar angin itu mula diperkatakan selepas papan iklan tertera huruf E sama dengan logo kumpulan tersebut dinaikkan sekitar Bukit Bintang.
Ramai peminat tidak sabar menantikan kumpulan yang terkenal menerusi lagu Bring Me To Life itu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.
“Tahun 2012 pernah tengok Evanescene di KL Live. Kalau jadi (datang), kita pergi lagi. Ayuh.
“Wow, meriahlah tahun ini dengan konsert. Simple Plan pun datang. Memang ‘koyak’ poket!
“Seriuslah Evanescene?! Kalau betul mereka datang (tour), saya janji akan berdiri paling depan,” demikian komen di threads.
Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi dari pihak penganjur konsert tentang kehadiran Evanescene di Kuala Lumpur.
Evanescene yang kini dianggotai Amy Lee, Tim McCord, Will Hunt, Troy McLawhorn dan Emma Anzai sedang melunaskan siri jelajah konsert jelajah mereka yang diumumkan hujung tahun lalu.
Band asal Arkansas AS itu pernah mengadakan konsert di Malaysia pada 2012 di KL Live yang dihadiri lebih 3,000 orang.
Evanescene meledak di seluruh dunia pada 2003 terutama menerusi album debut berjudul Fallen yang memuatkan lagu-lagu popular termasuklah Bring Me to Life, Going Under dan My Immortal.










