Lalat sudah 'serang' kampung sejak lima tahun dulu - Utusan Malaysia

Lalat sudah ‘serang’ kampung sejak lima tahun dulu

MD. Salleh Abd. Rashid (kiri) menunjukkan lalat yang memenuhi pelekat yang diletakkan selama kira-kira tiga jam ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Ulu Yuh Baru, Tampin hari ini.UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Penduduk di Kampung Ulu Yuh Baru, di sini, resah apabila penempatan mereka sering diserang lalat sejak lima tahun lalu sehingga menganggu dan menjejaskan aktiviti harian masing-masing.

Mereka mendakwa, masalah lalat tersebut adalah berpunca daripada aktiviti penternakan ayam yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.

Salah seorang daripada mereka, Maslina Rahmat, 46, berkata, dia sudah menetap di kampung itu sejak lima tahun lalu dan turut memulakan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan di rumahnya.

MASLINA Rahmat menunjukkan lalat yang memenuhi pelekat yang diletakkan selama kira-kira tiga jam ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Ulu Yuh Baru, Tampin hari ini.UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Menurutnya, setiap bulan dia membelanjakan sebanyak RM75 semata-mata untuk membeli pelekat bagi memerangkap lalat.

“Dalam masa tiga jam sahaja, perangkap lalat boleh penuh. Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan, namun, apa lagi saya boleh buat, inilah masalah yang kami terpaksa dilalui,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kariah Ulu Yuh Baru, Md. Salleh Abd. Rashid berkata, dianggarkan 50 daripada 90 buah rumah penduduk terjejas dengan kehadiran lalat.

Ia berlaku setiap kali pemilik reban ayam yang terletak lebih 400 meter daripada kampung tersebut membuat kerja-kerja pembersihan setelah ternakan mereka dibawa keluar dari reban.

Menurutnya, reban berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun, namun, masalah lalat semakin teruk sejak lima tahun lalu malah binaan reban juga makin bertambah.

“Kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak namun berharap masalah lalat ini dapat diselesaikan kerana ia sudah berlanjutan agak lama sehingga menimbulkan keresahan penduduk,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN