Dua bot tunda Indonesia ditahan ceroboh perairan Malaysia

Dua bot tunda Indonesia ditahan ceroboh perairan Malaysia

MARITIM Malaysia menahan dua bot tunda Indonesia kerana menceroboh perairanan Malaysia di Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan dua bot tunda Indonesia kerana menceroboh perairan Malaysia di Tanjung Punggai, di sini, Ahad lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua tangkapan dibuat hasil rondaan operasi menerusi OP Jaksa, OP Todak, OP Jangkar Haram, OP Tiris 3.0 dan OP Khas Pagar Laut.

“Bot Petir 11 telah melakukan penahanan terhadap bot tunda pertama pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari di kedudukan 16.5 batu nautika timur laut Tanjung Punggai.

“Pada hari yang sama, Bot Petir 12 berjaya menahan sebuah lagi bot tunda kedua di kedudukan 3.1 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop pada pukul 6.50 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kama Azri, kedua-dua penahanan tersebut berlaku dalam perairan Malaysia dan berada di bawah bidang kuasa penguatkuasaan pihak berkuasa negara ini.

Tambahnya, kedua-dua bot tunda tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk memasuki atau beroperasi di perairan Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM), sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Justeru, perintah penahanan awal telah dikeluarkan terhadap kedua-dua bot tunda berkenaan, dan kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tanjung Sedili, Maritim Negeri Johor bagi siasatan dan tindakan lanjut,” tambahnya.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut dinasihatkan untuk menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 013-7001235 untuk tindakan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN