Malaysia perlu segera lakukan peralihan tenaga

Malaysia perlu segera lakukan peralihan tenaga

ANWAR Ibrahim berucap pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara di Grand Hyatt di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu segera melaksanakan peralihan tenaga sebagai strategi jangka panjang bagi memastikan negara tidak terdedah kepada krisis sekiranya berlaku ketidaktentuan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara memerlukan pendekatan lebih mampan, pelbagai dan kos efektif dalam mengurus sektor tenaga.

Beliau menegaskan peralihan tenaga bukan sahaja keperluan alam sekitar, tetapi juga langkah penting menghadapi gangguan bekalan tenaga dunia yang tidak menentu.

“Kerajaan telah mengambil langkah mengurus pendedahan terhadap ketidaktentuan dengan mengimbangi keperluan bekalan mencukupi serta usaha mengurangkan tekanan kos sara hidup akibat gangguan tenaga global,” katanya dalam ucapan dasar pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, gangguan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini akan menjejaskan harga tenaga dan kesannya akan dirasai dalam sistem pengeluaran, rantaian bekalan serta kos sara hidup harian di negara maju dan membangun.

“Ketika ini, kita melihat gangguan terhadap tenaga dan infrastruktur memberi implikasi kemanusiaan serta-merta, dengan kesan sosioekonomi yang lebih luas yang boleh terus menggugat persekitaran yang sedia rapuh,” katanya.

Tambahnya, gangguan itu sedang menyebabkan krisis kemanusiaan dan kejutan sistemik yang lebih besar, menggugat pasaran, mengganggu rantaian bekalan serta menekan kestabilan ekonomi merentas benua.

“Malaysia tidak terkecuali daripada gangguan bekalan tenaga global, namun kerajaan kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN