Kes pemerasan video lucah meningkat di Selangor - Utusan Malaysia

Kes pemerasan video lucah meningkat di Selangor

NIK EZANEE Mohd. Faisal (tengah) dan Raduan Othman (kanan) ketika menghadiri program bual bicara yang disiarkan secara dalam talian hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah kes ugutan atau pemerasan video lucah mencatatkan peningkatan ketara di Selangor tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal mendedahkan, polis setakat ini menerima lebih 380 laporan kes berkenaan berbanding hanya 51 kes sepanjang tahun lalu.

Katanya, jenayah pemerasan itu merangkumi tiga kategori dengan menggunakan kemudahan teknologi sedia ada termasuk telefon bimbit.

“Bagi kategori pertama, mangsa melayari aplikasi dan membuat aksi lucah tanpa menyedari ia dirakam oleh pihak berkenaan.

“Kategori berikutnya adalah mereka yang mempunyai hubungan seperti suami isteri atau tunang dan individu yang merakam sendiri video pribadinya,” katanya dalam program bual bicara khas di Facebook (FB) Polis Selangor berkaitan penipuan jenayah siber, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Raduan Othman.

Menurut Nik Ezanee, siasatan kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, sebatan atau denda. Mangsa antaranya diugut membayar wang sekiranya tidak mahu rakaman lucah  mereka disebarkan,” katanya.

Jelas beliau, jumlah kes tahun lalu mungkin banyak namun mangsa tidak membuat laporan polis kerana faktor malu.

“Justeru, semua mangsa diminta tampil supaya siasatan lanjut dapat dijalankan sekali gus mengesan suspek yang terlibat. Orang ramai juga dinasihatkan tidak sesekali merakam sebarang video yang boleh mengaibkan diri sendiri kerana kita tidak tahu apa berlaku pada masa depan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya