Kes pemandu Triton diklasifikasi bunuh, reman disambung 

Kes pemandu Triton diklasifikasi bunuh, reman disambung 

PEMANDU sebuah Mitsubishi Triton yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja maut di KM 8.6 Lebuh Raya Persekutuan dibawa untuk proses lanjutan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam dengan kes kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes pemandu Mitsubishi Triton yang mengakibatkan dua kematian di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan di sini, Ahad lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi kenyataan memaklumkan kes itu diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Justeru, tempoh reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu disambung selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap pemandu yang melawan arus itu disambung bermula hari ini. Permohonan sambungan itu dipersetujui Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Ahad lalu, dua remaja maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pikap Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di lebuhraya tersebut.

Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback dan penumpang, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pasukan bomba yang menerima panggilan pada pukul 1.51 pagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit pada bahagian depan kereta dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan ujian air kencing terhadap pemandu Triton itu didapati positif dadah jenis ganja.

Suspek kemudian direman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes berkenaan sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi yang merakam video kejadian turut tampil bagi membantu siasatan bersama dua rakannya 

Memilukan apabila Allahyarham Muhammad Hafiz dikatakan sempat memuat naik status memohon maaf di aplikasi WhatsApp tiga hari sebelum tragedi itu.

Tindakan Allahyarham itu disifatkan seolah-olah memberi petanda akan pergi buat selamanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.