Albert Tei dakwa keputusan AGC dua darjat 

Albert Tei dakwa keputusan AGC dua darjat 

ALBERT TEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Albert Tei menyifatkan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) kertas siasatan aduannya terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebagai dua darjat.

Menurutnya, keputusan tersebut menimbulkan persoalan mengenai layanan yang diberikan oleh pihak berkuasa terhadap kes-kes tertentu khususnya melibatkan individu berprofil tinggi.  

Albert mendakwa, beliau  telah membuat beberapa laporan polis berhubung kejadian didakwa melibatkan beberapa pegawai SPRM mengacukan senjata api terhadapnya dan ahli keluarga beliau ketika serbuan di kediamannya pada 28 November tahun lalu.

Dakwanya, beliau  turut memiliki rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa dapat menyokong dakwaan tersebut, namun peranti decoder rakaman berkenaan telah dirampas oleh SPRM dan sehingga kini statusnya masih tidak diketahui.

“Beberapa bulan lalu, saya dimaklumkan pihak polis bahawa kertas siasatan telah dilengkapkan dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, saya dan keluarga telah menunggu selama tujuh bulan tanpa menerima sebarang maklum balas atau keputusan daripada pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Albert, keputusan AGC menunjukkan wujudnya layanan berbeza dalam pengendalian sesuatu kes serta boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi perundangan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan berhubung status laporan yang dibuat bagi memastikan ketelusan dan keadilan dapat ditegakkan.

“Setakat ini, belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara atau SPRM berhubung dakwaan yang dibangkitkan,” katanya.

AGC dalam kenyataan menyatakan, telah meneliti kertas siasatan dikemukakan oleh PDM berhubung aduan oleh ALbert terhadap Azam bagi kesalahan ugusatn jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah seksyen berkenana tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action/tiada tindakan lanjut),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN