Kenyataan Takiyuddin mengelirukan - Anwar - Utusan Malaysia

Kenyataan Takiyuddin mengelirukan – Anwar

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan  Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan gagal memberi jawapan menyakinkan berhubung insiden kepala air di kawasan Gunung Jerai, Kedah yang sebelum ini dikaitkan dengan aktiviti pembalakan secara haram sehingga mengubah struktur tanah di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pembangkang itu mendesak Takiyuddin supaya bersikap serius dan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan berkenaan tanpa menyebabkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat.

“Setelah mendengar hujahan beliau, perlu dijelaskan bahawa kawasan Gunung Jerai tidak berada di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda. Justeru, segala kenyataan yang dibuatnya tidak tepat dan mengelirukan.

“Ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri ini telah diteroka secara haram sejak 2011.

“Menurut pakar hidrologi Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia, perubahan iklim hanya faktor sampingan kepada musibah tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) menegaskan, tiada sebarang aktiviti pembalakan berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai dengan mengatakan bahawa kepala air itu membawa pokok beserta akar dan ia menunjukkan tiada pembalakan di Gunung Jerai.

Berikutan hal itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan akan menjalankan program restorasi kawasan hutan terosot termasuk di Gunung Jerai dengan dana RM75 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek dan proses restorasi itu.

ANWAR IBRAHIM

Tambah Anwar, Ngai Weng telah menjelaskan bahawa faktor-faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan penempatan.

“Saya mendesak menteri bertanggungjawab agar lebih serius melakukan pemantauan dan hentikan salah guna konsep takdir kerana faktor-faktor utama adalah berpunca dari kerakusan serta ketamakan manusia.

“NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga menyebut air yang berselut adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan terus berlaku dengan kadar yang melampau. Kerajaan Negeri Kedah, kerajaan Persekutuan serta kementerian harus memantau dan bertindak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya