Kematian sebenar Covid-19 menurun ke dua angka - Utusan Malaysia

Kematian sebenar Covid-19 menurun ke dua angka

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes kematian sebenar akibat Covid-19 iaitu 99 kes direkodkan semalam, manakala jumlah melibatkan kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku penurunan, sebanyak 292 kes.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my, 100 kes direkodkan kelmarin dengan jumlah melibatkan kes tertunggak, sebanyak 592 kes.

Jika kematian sebenar dibahagi mengikut negeri, Johor menjadi penyumbang terbanyak diikuti Pulau Pinang, Sabah, Kedah, Perak, Selangor, Sarawak, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis.

Hanya Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kes kematian.

Utusan Online semalam melaporkan, Malaysia mencatatkan penurunan kes kematian akibat Covid-19 apabila 100 kes direkodkan semalam, manakala jumlah melibatkan kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini, sebanyak 592 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, jumlah kematian sebenar sebanyak 592 kes yang dilaporkan semalam merupakan bilangan pelaporan termasuk rekod daftar terdahulu.

“Sebenarnya, kadar kematian dalam negara sudah menurun dan rekod berkenaan boleh dirujuk di laman rasmi khas Covid-19 negara,” katanya.

Melalui carta kes kematian itu juga, terdapat penurunan kematian sebenar iaitu pada 10 September, kematian yang dilaporkan sebanyak 341 kes tetapi kematian sebenar melibatkan Covid-19 adalah 125 kes dan sehari sebelumnya pula, 323 kes kematian tetapi kematian Covid-19 adalah 142 kes.

Carta itu menunjukkan kematian penurunan kes bermula 1 September lalu dengan 278 kes dilaporkan tetapi kematian sebenar adalah sebanyak 223 kes dan ini membuktikan Malaysia kini merekodkan penurunan kes kematian yang konsisten. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN