PUTRAJAYA: Tempat kerja kembali mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 10 kluster Covid-19 daripada 20 kluster, hari ini, manakala Johor menjadi penyumbang terbanyak kluster.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, selain tempat kerja, komuniti mencatatkan sembilan kluster dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
“Kluster tempat kerja melibatkan empat di Johor manakala Selangor dan Melaka, masing-masing dua kluster serta Sarawak dan Pahang, masing-masing satu kluster.
“Kluster komuniti pula, Johor, Kelantan, Pahang dan Sarawak, masing-masing dua kluster dan satu kluster di Negeri Sembilan manakala kluster kumpulan berisiko, satu di Johor,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Khairy berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 14,554 kes berbanding semalam, 13,754 kes sekali gus diatasi 16,751 kes manakala 599 kes memerlukan alat bantuan pernafasan dan 1,049 kes Unit Rawatan Rapi (ICU). – UTUSAN ONLINE










