PETALING JAYA: Tiada wakil Malaysia berjaya meloloskan diri ke final, selepas tunduk kepada lawan masing-masing pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Macau, hari ini.
Dua beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dan Chia Wei Jie-Teo Ee Wei berpeluang untuk bertembung sesama sendiri di final, tetapi malangnya hasrat itu tidak menjadi kenyataan.
Hang Yee-Eng Cheong yang menghuni ranking ke-73 dunia tewas kepada pasangan Indonesia, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi yang merupakan gandingan No. 36 dunia 12-21, 12-21 dalam masa 33 minit.
Wei Jie-Ee Yi pula tumpas di tangan beregu Korea Selatan, Jin Yong-Lee Jong Min 4-21, 11-21 dalam masa 29 minit.
Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, satu lagi gandingan profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing bukanlah pencabar sebenar kepada pasangan No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China apabila kalah straight set 11-21, 22-24 dalam masa 38 minit.
Turut ditunjukkan jalan keluar adalah beregu wanita, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang terpaksa akur di tangan wakil China, Bao Li Jing-Cao Zi Han 18-21, 13-21 dalam masa 49 minit.
Wakil perseorangan lelaki negara, Eogene Ewe juga disekat kemaraannya di separuh akhir, selepas tewas kepada Hu Zhe An dari China 15-21, 18-21 dalam masa 45 minit. – UTUSAN