Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat: Kosong atau pilihan Speaker? - Utusan Malaysia

Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat: Kosong atau pilihan Speaker?

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mungkin dikosongkan sehingga persidangan akan datang berikutan terdapat bantahan Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menyandang jawatan tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, ini kerana sebahagian ahli parti dalam Perikatan Nasional (PN) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Jika tetap diteruskan, sumber berkata, ia mungkin memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri kerana secara tidak langsung ia menunjukkan kelemahan dalam pentadbirannya di peringkat permulaan kerana gagal memperoleh majoriti daripada usul yang dibentangkan kerajaan.

“Difahamkan, terdapat usaha ahli-ahli Parlimen Bersatu untuk menggagalkan usul kerajaan yang menamakan Ahmad selaku Timbalan Speaker dari sebelah kerajaan.

“Tetapi sekarang kerajaan tidak boleh tarik usul menamakan Ahmad sebab secara automatik Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Teluk Intan) yang akan naik jadi Timbalan Speaker,” katanya ketika dihubungi, semalam.

NGA KOR MING

Semakan Utusan Malaysia mendapati, terdapat satu cara yang membolehkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan kerajaan iaitu menggunakan perkara 7 (1) Peraturan Mesyuarat iaitu Speaker Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memilih mana-mana ahli Dewan untuk mempengerusikan Majlis.

Usul tersebut hendaklah disokong dan tidak perlu dibahaskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN