Teruskan pelan tawan Gaza, Israel mahu pindahkan penduduk ke selatan wilayah - Utusan Malaysia

Teruskan pelan tawan Gaza, Israel mahu pindahkan penduduk ke selatan wilayah

PENDUDUK Palestin di utara Gaza berpindah mencari tempat perlindungan selepas kediaman mereka musnah dalam serangan terbaharu rejim Zionis yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel mahu memindahkan penduduk Gaza dari zon pertempuran ke kawasan yang dianggap “selamat” di selatan wilayah itu, dengan bantuan seperti khemah dan peralatan penting mula dihantar bermula hari ini.

Langkah ini diumumkan ketika spekulasi meningkat mengenai serangan baharu Israel terhadap Gaza City, iaitu kawasan paling padat di wilayah itu sebagai usaha terbaharu menawan sepenuhnya utara Gaza.

“Bantuan ini akan dihantar melalui lintasan Kerem Shalom oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi kemanusiaan antarabangsa selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan,” kata jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, menerusi hantaran di platform X.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, pihak berkuasa COGAT masih belum mengesahkan sama ada ini sebahagian daripada pelan operasi baharu Israel.

Langkah Israel untuk menawan semula Gaza City yang kini dihuni hampir satu juta rakyat Palestin dijangka menyukarkan lagi rundingan gencatan senjata, ketika perang mencecah hampir dua tahun.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan Israel tiada pilihan selain “menyelesaikan misi” menewaskan Hamas, yang menurutnya masih enggan menyerah atau meletakkan senjata. Sebaliknya, Hamas menyatakan mereka hanya akan berundur jika sebuah negara Palestin merdeka diwujudkan.

Setakat ini, Israel menguasai kira-kira 75 peratus daripada wilayah Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN