Perangai orang kita selalu cari perkara yang hendak dikritik, bukannya mahu beri galakan - Nadia Annuar - Utusan Malaysia

Perangai orang kita selalu cari perkara yang hendak dikritik, bukannya mahu beri galakan – Nadia Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Nadia Annuar berpendapat bahawa budaya mengkritik yang semakin menjadi-jadi ketika ini merupakan antara faktor yang menyebabkan masyarakat takut untuk mencuba perkara baharu.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 42, berkata, sikap terlalu cepat mengkritik menyebabkan ramai takut melakukan kesilapan kerana bimbang menjadi sasaran kecaman, terutama di media sosial.

“Perangai orang kita ini, perkara pertama yang dicari adalah apa yang salah dan perkara yang boleh dikritik, bukannya cara untuk memberi galakan atau membantu mereka menjadi lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Padahal yang mengkritik itu pun belum tentu sempurna. Adakah menjatuhkan orang lain lebih seronok berbanding membangunkan?

“Ini adalah sebab kenapa ramai dalam masyarakat kita takut mahu cuba benda baru. Takut nak belajar, takut nak buat silap, takut kena nilai,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Tambah bekas pengacara Wanita Hari Ini itu, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa seseorang tidak akan terus mahir dalam perkara baharu dan wajar diberikan peluang untuk belajar tanpa takut dipersendakan apabila melakukan kesilapan.

“Setiap orang bermula dari bawah, jadi berilah mereka ruang untuk belajar, memperbaiki diri dan berkembang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini