Jangkitan positif meningkat lebih 1,000 kes - Utusan Malaysia

Jangkitan positif meningkat lebih 1,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 15,759 kes berbanding semalam, 14,345 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 3,732 kes diikuti Johor (1,959),Selangor (1,934), Pulau Pinang (1,417), Kelantan (1,338), Sabah (1,291) dan Perak (1,184).

“Enam negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Kedah (786), Pahang (707), Terengganu (592), Kuala Lumpur (359), Melaka (264) dan Negeri Sembilan (127).

“Putrajaya merekodkan 34 kes dan Perlis, 23 kes manakala Labuan, 12 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN